Welcome to our Site...

Travelling around the world... This site is dedicated for those travelers around the world especially our members in The Transworld Train Traveler's Group whereby we can share our experiences, info etc in travelling around the world...

Wednesday, May 19, 2010

Mengembara Dengan Tenang & Ceria


Rasailah suasana pengembaraan & pelancongan yang santai dan indah dengan berkeretapi dari Kuala Lumpur terus ke Aranyaprathet dan Poiphet (Kemboja). Hayati kehidupan harian masyarakat Thai sambil menikmati pemandangan indah sawah ladang, gunung-ganang dan bandar-bandar sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang enak.. Cubalah dan pasti anda tidak akan menyesal...

Tuesday, March 16, 2010

Misi TBT 2010


MISI PENGEMBARAAN

Antara misi yang akan dibawa bersama ekspedisi ini ialah :

a. Misi Muhibah & Diplomatik Antara Negara

Misi mengenalkan Malaysia di mata dunia disamping mengeratkan lagi hubungan diplomatik sedia ada dengan Negara-negara yang menjadi persinggahan ekpspedisi ini.

b. Misi Kemanusiaan & Keamanan Dunia

Misi membawa imej Malaysia dengan mesej menunjukkan bahawa walau pun Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum, rakyat boleh hidup dengan aman dan bergerak maju tanpa sebarang gangguan.

c. Misi Pelancongan Dalam & Luar Negara

Misi menjadikan jalan darat khususnya pelancongan & pengembaraanberkeretapi sebagai alternatif utama yang selamat dan seronok bagi menarik pelancong dalam dan luar Negara.

Latarbelakang & Objektif Ekspedisi TBT

LATARBELAKANG

Projek Ekpedisi Pengembaraan Berkeretapi (TBT) ini merupakan yang pertama seumpamanya yang bakal dijayakan oleh sekumpulan ahli Kelab Dunia Keretapi / Transworld Train Traveler bagi membawa nama dan misi Malaysia ke persada antarabangsa dengan merentasi beberapa buah negara dan benua.

Tinjauan awal dari Kuala Lumpur ke Bangkok dengan berkeretapi telah dibuat oleh sebahagian ahli sekretariat kelab ini pada akhir 2009 untuk mendapatkan gambaran awal akan susur galur ekspedisi ini.

OBJEKTIF EKSPEDISI

Antara objektif utama ekspedisi ini adalah seperti berikut :-

a. Untuk memberi pendedahan & pendekatan kepada ahli dan masyarakat umumnya mengenai budaya dan sejarah negara-negara yang bakal dilawati.

b. Memperkenalkan kepada masyarakat kemajuan pengangkutan keretapi di dalam dan luar Negara.

c. Mengumpul ahli yang mempunyai minat di dalam bidang pengembaraan agar dapat berkongsi pengalaman & minat yang sama.

d. Untuk menjadikan ekspedisi ini sebagai acara tahunan dengan hasrat menjadikan pelancongan darat berkeretapi dari dan ke Malaysia sebagai alternatif pengangkutan yang selamat, murah dan penuh keriangan.




Projek

Sunday, March 14, 2010

Travel By Train (TBT) 2010)


Here's part of the route to be taken by our group of travelers when we travel this April & September..

Wednesday, February 10, 2010