
MISI PENGEMBARAAN
Antara misi yang akan dibawa bersama ekspedisi ini ialah :
a. Misi Muhibah & Diplomatik Antara Negara
Misi mengenalkan Malaysia di mata dunia disamping mengeratkan lagi hubungan diplomatik sedia ada dengan Negara-negara yang menjadi persinggahan ekpspedisi ini.
b. Misi Kemanusiaan & Keamanan Dunia
Misi membawa imej Malaysia dengan mesej menunjukkan bahawa walau pun Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum, rakyat boleh hidup dengan aman dan bergerak maju tanpa sebarang gangguan.
c. Misi Pelancongan Dalam & Luar Negara
Misi menjadikan jalan darat khususnya pelancongan & pengembaraanberkeretapi sebagai alternatif utama yang selamat dan seronok bagi menarik pelancong dalam dan luar Negara.